Gotong Royong membersihkan Pusat Internet

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September yang lalu, telah berlangsung Gotong royong yang melibatkan komuniti PPR Taman Beringin. Gotong royong ini diadakan untuk melakukan pembersihan di sekitar kawasan Pusat Internet disamping dapat menggalakkan komuniti untuk berkerjasama dalam mencipta suasana yang bersih di sekitar kediaman mereka.

Pelajar yang terlibat dalam gotong royong ini juga diterapkan semangat sempena Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali